Tarbiyahkan diri, Bagaimana ya Allah, Bagaimana ya Allah, Aku tak mampu lagi ya Allah,
Dalam ujian dari-Mu tiap hari,
Dalam tangisan mengadu dalam sujud malam,
Dalam rindu bersalut dosa yang tak kunjung kelam.
Mampuku kata, mampuku kira,
Jalan tajam bersalut noda,
Yang telah aku susuri,
Tapi masih belum mampu aku berhenti.
Untuk aku tegar,
Untuk aku berdiri tanpa sekumit gusar,
Pada cabaran dunia,
Pada khayalan singgahan sementara.
Bantu aku, pimpin aku,
Kerana meskipun aku sering menangis,
Tapi belum mampu ku tangkis,
Segala nafsu yang berlegar bengis.
Bantu Aku Ya Allah
written by
[.::aL-bANNA::.]
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Comments:
Post a Comment