Powered by Blogger.
RSS

Lagi Kisah Remaja dibunuh,dikerat dan dibakar (Berita Harian)

ee"Saya bersangka baik dengan Allah ...." begitulah ungkapan yang dikeluarkan oleh Hj Qomaruddin apabila saya bertemu dengannya Rabu lepas. "Saya tidak pandai menjaga anak saya. Allah lebih sayangkannya. Mungkin itu adalah lebih baik bagi saya." Itulah Hj Qomaruddin. Seorang dermawan yang amat gigih dalam kerja-kerja amal sosialnya. Di surau Taman Pulai Utama, beliau sering menderma air tebu atau air temikai untuk program-program besar di surau tersebut.

"Haji ini amat baik dengan pembunuh anak saya. Hj selalu memberi makanan kepadanya. Kekadang di kedai ini, Hj selalu belanja dia makan. Pembunuh itu kenal dengan anak saya ... tak sangka dia sanggup berbuat demikian pada anak saya," begitulah luahan adik Hj Qomaruddin. Sambil menuju ke tempat pengkebumian anaknya, mulutnya tidak henti henti menyebut, "Ya Allah ..ampunkan dosanya.... Ya Allah ampunkan dosa anak saya." Sedih hati ini mendengar ungkapan ibunya.

Saya sungguh kagum dengan ketabahan Hj Qomaruddin. Walaupun musibah yang dialami sungguh besar, namun ia masih bersangka baik dengan Allah. Itulah sebenarnya hakikat kita orang-orang beriman. Kita hendaklah bersangka baik pada Allah dalam setiap keadaan dan ketika... samada kita menerima nikmat atau musibah kerana itulah yang dituntut daripada kita, hamba yang serba kekurangan. Setiap musibah itu ada hikmahnya yang kita tidak mampu untuk memahaminya. Namun persangkaan baik sedemikian akan menenangkan hati ini.

Pernah satu ketika dulu Hj Qomaruddin ada menyebut pada saya, "Hisham, saya hendak hantarkan anak saya ini ke Tahfiz.... supaya anak saya ini terpelihara sedikit." Namun harapannya tidak kesampaian.......

Dr Hishamuddin Alham
Pengerusi JK Penerangan dan Media
Negeri Johor


*Ditulis oleh Ayah aku sendiri, dan untuk pengetahuan semua, pak cik ni lah yang selalu urut kaki aku bile seliuh,bengkak dan sebagainya.. Begitu rapat keluarga aku dan keluarga dia. Semoga Roh anak beliau dicucuri Rahmat, ameen~

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 Comments: