Powered by Blogger.
RSS

Pemergian seorang teman

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, hari ni aku telah capai umur 20 tahun. 9 may 2012. Mood aku masih lagi sedih kerana telah kehilangan seorang kawan pada 7 may 2012 (Nurul Hafizah Mohd Faizul Aris). Beliau adalah seorang bekas kelas aku sewaktu form 4 dan form 5. Beliau meninggal pada usia yang muda kerana kemalangan jalan raya. Sewaktu mendengar khabar berita bahawa beliau sudah meninggalkan alam dunia, aku dan kawan2 seakan tidak percaya kerana begitu cepat dan pada usia yang muda. tetapi apakan daya, Allah lebih sayangkan beliau. "Jika ditanya apakah perkara yg paling ingin aku ketahui? Jwpnnya adalah mengapakah Tuhanku mengambil dia drpd kami? Apakah sbbnya?

Tetapi ia kekal menjadi ilmu rahsia Tuhanku yg tidak diketahui oleh hambanya melainkan sedikit. 

Namun Tuhanku telah memberi sedikit ilmu rahsia ini utk dijadikan pedoman kpd yg hidup. Ia adalah, ajal dtg tepat tidak pernah lambat tidak pernah cepat waktunya. Ajal tidak mengenal tua mahupun muda. Ajal tidak kenal kawan mahupun lawan. Oleh itu, bersedialah bg yg masih hidup.

Semoga Nurul Hafizah (Dekjah) bersama org2 yg soleh di sana insyaAllah. " Sung.


Almarhumah Nurul Hafizah Mohd Faizul Aris SPM 2009 Generasi 11 Sekolah Menengah Islam Hidayah selamat disemadikan di Kg Parit (Ampang Tinggi) Kuala Pilah.

Beliau terlibat dalam kemalangan ketika bergegas pulang mengambil adik-adik dari Sekolah Menengah Islam Hidayah JB untuk berbuka puasa hari Isnin....

Beliau sering saya doakan kerana pernah menjadi peserta Mukhayyam saya tahun 2009.

Kami di Hidayah sentiasa mentarbiah anak-anak begitu...antaranya berpuasa, berkhidmat kepada ibubapa...

Biskikan ayahandanya kepada saya:

1. "Dia sibuk mencuba untuk memasakkan menu kegemaran adik-adiknya yang akan berbuka petang itu....."

2. "Dia sempat berbual dengan saya melalui talipon, sebelum keluar untuk ambil adik-adiknya di Hidayah....."

Saya mententeramkan ayahandanya:

1. Semoga Fiza pergi sebagai Syuhada' Sughra

2. Hadis Nabi S.A.W:

من ابتلي من هذه البنات بشيء، فأحسن إليهن، كن له سترا من النار

"barangsiap diuji dengan anak-anak perempuan ini, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka (anak-anak perempuan itu) menjadi benteng untuknya dari api neraka."

3. Lihatlah sejak kejadian petang itu; guru-guru dan Warga Sekolah Menengah Islam Hidayah JB itu, lihatlah teman-terman seangkatannnya...Mereka memuliakan anak tuan.... "Ust Hassanuddin"

Dekjah dalam kenangan 19/10/1992-7/5/2012. 

:'(

Cerita macam mane pon, dekjah tidak akan kembali ke dunia ini lagi, apa yang boleh kite buat hanyalah sedekah kan Al-Fatihah. Mungkin esok lusa kita pulak? siapa tahu. ape2pon sebelum ajal sampai saya Wazien bin Hishamuddin memohon maaf pada semua orang yang mengenali saya, sama ade pernah disakiti atau sebaliknya, saya memohon seribu kemaafan. saya hanyalah insan biasa yang buat kesalahan dan tidak akan pernah terlepas dari kesalahan. hanya ingin semua tahu bahawa aku telah memaafkan semua orang. tolong maafkan saya. takut tidak sempat memberitahu. :(




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 Comments: