Powered by Blogger.
RSS

Sahabat Sejati (:

Sahabat,

Andai diri ini pernah melukai hatimu,

Maafkanlah aku,

Andai diri ini pernah menyakiti hatimu,

Maafkanlah aku,

Kerana kemaafan itu adalah tanda bahawa diri ini sayang akan dirimu.

Sahabat,

Tuhan aturkan antara kita 1 pertemuan ditetapkan 2 hati. Dalam 2 hati diberikan 3 rasa :

SAYANG, KASIH dan KASIHAN. Dalam 3 rasa itu diselitkan 4 tujuan :

BERKENALAN, BERTEMAN, BERKAWAN, dan BERSAMA. Dalam 4 perkara itu tersembunyi 5 perkataan iaitu :

TEMAN BAIK SELALU DI SISI. Dalam 5 perkataan itu tersembunyi 6 impian iaitu :

SAYANG, KEKAL, SETIA MENGERTI, MENGHARGAI dan MENGINGATI. Dalam 6 impian tersimpul 7 huruf keramat iaitu :

“SAHABAT”

Jika sahabatmu melukakan hati, lukislah di awan agar ia cepat berlalu pergi…Jika dia membuat kebaikan, pahatlah di atas batu agar ia kekal sepanjang kehidupan.

“Seandainya engkau bertemu seorang kawan yang sanggup bersusah atas nama kesetiaan, mendahulukan atas nama kebajikan, menyimpan keaibanmu atas nama kejujuran, menegur kelemahanmu atas nama kebaikan, memendam rasa terkilan demi menjaga perasaan, ketahuilah bahawa dia bukanlah seorang kawan tetapi seorang saudara & sahabat sejati yang sukar di cari ganti…”

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 Comments: