Powered by Blogger.
RSS

.gurauan.

Bergurau ada batasnya.
Batas gurauan yang boleh diterima setiap individu sangat berbeza.
Ada yang suka bergurau berlebih-lebihan, tetapi tidak tahan dengan gurauan orang terhadapnya.
Ada pula yang tidak suka bergurau, tetapi mampu bersabar dan tidak membalas atas gurauan orang lain yang berlebih-lebihan terhadapnya.
Macam-macam lagi jenis orang bergurau...

Gurauan yang tidak berlebih-lebihan boleh mengeratkan silaturrahim.
Namun jika ia keterlaluan, malah sudah tidak mengikut syarak, bukan sahaja boleh menimbulkan kemarahan, bahkan kebencian dan persengketaan.


Sekadar hiasan

Moralnya...nak bergurau boleh...macam dalam rancangan "Just For Laugh" tu memadailah... Jangan sampai keterlaluan seperti rancangan "Bang Bang Boom dan Wakenabeb!". Rasanya Kementerian Penerangan kena teliti balik rancangan macam ni. kalau zaman Tok Mat dulu ni cofirm kena reject! Tapi tak tahulah. Ramai pun yang suka rancangan macam tu. Iyalah...mengenakan orang, memang seronok. Tapi bagi yang mengalami, hatinya saja yang tahu.

Kesimpulannya, tak elok berlebih-lebihan walau dalam perkara apapun. Ini sekadar pesanan dan pandangan peribadi. Mudah-mudahan kita tidak beroleh murka Allah tatakala kita bergurau. Bimbang, kita ketawa, tapi masa yang sama Allah murka!!!

(blog abg nua)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 Comments: