Powered by Blogger.
RSS

Aku yang dulu hilang, Aku adalah aku yang baru

Assalamualaikum

Mungkin semua orang lihat perubahan aku, mungkin drastik, mungkin tidak. Aku ingin buat apa, ikut suka hati aku la. Nasihat orang tapi still buat benda yang sama lagi, sama macam tak perlu nasihat. Aku adalah aku yang baru. Kenapa aku berkata sedemikian? Kini aku sudah sedar dan cuba untuk berubah dengan kata-kata orang yang tidak menyenangkan hati serta mengetepikan perasaan sedih yang selalu mengganggu aku selama ini.

Aku pernah terfikir seorang diri di masjid ini (tertera di atas adalah lokasi di masjid taman u) kenapa aku ni seorang yang sering dibuli, dimarah, dimaki, dihina? Maybe juga Allah sedang menguji aku. Tetapi seteruk ini? Yes, Allah tidak akan menguji hambaNYA jika tidak dpt menghadapinya.

Kawan2 aku sering sahaja berkata begini , [kau ni cepat sangat nak merajuk] [kau ni sensitif gila seh] [kau tau tak kenapa semua orang tak suka kat kau? sebab kau tak pernah ubah perangai kau tu] [kau kene ubah perangai kau tu bagi orang selesa sikit dengan kau] [sekurang2nya kau buuang sikap sensitif kau, semua tak suke] okay, kata-kata mereka mungkin membuat aku bangkit sendiri untuk berubah.BERUBAH.. itu selalu kata-kata yang aku dengar dari orang ramai terutama kawan2 aku. aku pegang dengan kata2 ni. 'Jangan berputus-asa kerana biasanya anak kunci terakhirlah yang dapat membuka kunci.' Jadi, aku sentiasa ingin berubah. Bermula lah kisah aku berubah ke arah yang lebih baik.

Point aku di sini adalah untuk menyatakan bahawa setiap orang itu tidak mustahil untuk berubah, sedangkan aku yang sangat sensitif kini aku hanya orang yg biasa. Tiada lagi kata-kata aku dengar dari mulut bahawa aku ni begini dan begitu. Ada suatu ketika orang menegur aku, [Kamu sudah berubah, tahniah diucapkan].. Perasaan aku gembira yang teramat. Tetapi kini aku tidak lagi kisah tentang apa kata orang. Kata orang juga hidup harus diteruskan selagi mampu :)

Kisah aku. Aku kini seorang yang tabah. WAH! aku mengaku? pelik sangat. hihi.
Aku tidak pernah berdendam dengan orang. Aku mudah memaafkan orang tetapi orang susah nak memaafkan aku. Ada aku kesah? HAHA xD
Orang nak cakap belakang? go ahead. I don't care anymore. Aku minta maaf, orang tidak memaafkan. Aku minta maaf sebanyak berapa kali entah, aku pun lupa. Tapi aku Okay saja. Sebab aku percaya masih ada waktu. TERIMA KASIH KAWAN :)

*Tak baik api2 kan orang, tak baik gunakan kawan untuk kepentingan sendiri, tak baik untuk mengutuk belakang.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 Comments: