Powered by Blogger.
RSS

Diari : Hari ini

Assalamualaikum

Ya Allah, KAU kuatkan lah hati hamba ini untuk terus hidup dan terus menghadapi hari2 yang susah utk aku menghadapinya seorang diri. KAU kurniakanlah aku teman yang betol2 ingin menjadi temanku dan sejati. KAU berikanlah aku kekuatan supaya meneruskan kehidupan di universiti ini Ya Allah, KAU lembutkanlah hati hambaku ini.

Hari ni aku terasa diriku ini seperti dibebani masalah yang agak berat. Tapi sehingga sekarang tak terungkap masalah itu. Pagi aku bangun seperti biasa utk solat subuh. Aku terus tido selepas solat, apabila aku mahu bangun seperti nya ada yang memberatkan kepala ku. Kepala aku sungguh berat utk bangun, apatah lagi mataku utk membuka. Kelas komputer bermula jam 10pg. Setelah bersiap ke kelas, aku berjalan sorang2 ke kelas. Tibanya di kelas, miss wani memberitahu semua orang bahawa hari ini ada assignment writer. Tanpa sepatah kata dan bersedia, aku buat seperti orang yang tidak mengetahui apa2. Projek ku tidak siap kerana bnyk benda yang aku tak tahu nk buat. Muke aku hari ni pucat+tak ada mood.

Setelah habisnya kelas komputer, kelas english seterusnya. Lantas aku pergi ke kelas dan duduk seperti orang tidak mempunyai siapa2. Baru aku sedar bahawa aku mengalami sakit demam+tension yg tidak mengetahui sebabnya. Kepala aku pening sangat sehinggakan kadang2 terasa nak termuntah. Aku hanya mampu tahan dan tahan terus. Jam 1 tgh hari habis kelas english. Jam 2 ptg berikutnya bermula kelas english. Time aku dapat keputusan exam yg dibuat utk menguji (bkn EXAM betol, tapi saje2.) Madam memarahi aku seperti aku tidak tahu utk membuat karangan tersebut. Muke aku seperti tidak bersalah, tetapi hatiku seperti orang yang melepaskan geram kepada orang lain. Habisnya mengetahui kesalahan aku pada karangan tersebut, aku terus duduk dan terus termenung bersendirian.

Apakah keadaan aku seperti ini selalu terjadi kepadaku? Adakah aku ni seorang yang tidak normal? Adakah aku mengalami stress yg keterlaluan atau kata lain maksimum?

*aku hanya menulis kpd yg sesiapa mahu baca. Bagi orang yang tak nak mengetahui tentang aku, tidak mengapa.*

Dikarang oleh insan yang lemah di sisi Allah
Wassalam.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 Comments: