Powered by Blogger.
RSS

Diari: Balik.

assalamualaikum..

pd hari khamis bersamaan 22 julai 2010, pd petang tu madam kulwant umumkan berita gembira yg mengatakan jumaat klas xde... so aku terigt pesan akak yg suruh aku balik rumah utk tolong family aku yg baru seminggu lepas accident. aku terfikir, nk tolong ape. kate akak, orang ramai dtg utk tgk2 mak aku yg plg trok jugak la dlm accident tuh.. so tlg bli barang sane cni, buat air..

hari khamis, aman hntar aku ke seremban sejurus selepas habes kelas... tyme ni aku puase, aman pon puase.. so kiteorang alang2 smpai kat seremban da kul 6 lebih, buka puasa bersama di Marybrown..(salah eja an?) hehe.. habes Rm14 mkn ctu..huhu.. nafsu punye psl.. pada pukul 8 aman pon blk.. tinggal la daku keseorangan. Pada pukul 8.30 mlm aku bertolak dari Terminal tersebut. Dalam Perjalanan balik, aku nekad mahu menolong family jika diperlukan.


11.40 mlm tiba lah aku di Johor bahru. Abah aku nak ambil aku kerana sudah lama tidak bersua. hehe. Di situ juga lah aku melepaskan rindu aku yang sekian lama tidak bersua. Aku gembira yg tersgt. Tibanya aku di rumah, aku teros ke bilik utk melihat kakak2, adek2 aku n abg.. Ternyata adek2 aku sudah tidur. hehe. Rindunye akan adek2 ku yg ke-6,7,8,9... Malam tersebut aku hanya sempat menatap muke mereka yang ke-7 dan 8 iaitu Usamah dan Suhail kerana keesokan pgnya mereka telah ke sekolah. Usamah pergi mukhayyam terus manakala suhail pergi ke studythorn. Pagi tu aku bangun dan mak aku yg sedang terlantar sakit teros minta tolong aku pergi kedai utk membeli makanan. Maklum lah kakak2 ku pergi kelas.

Pulangnye aku dari rumah, aku diarahkan oleh akak ku yg sorang ni utk angkat pakaian yg disidai di luar kerana hari mahu hujan, tanpa diarahkan dua kali aku tidak berkate dan terus menolong nye. Sudah bawak sidaian ke dlm rumah, emak aku teros menyuruh aku letak pakaian2 tersebut ke dlm dryer. hehe. Abah aku blk dan teros bertnyekan ttg laptop yg nk dibaiki. Akhirnya laptop aku dibaiki! hehe. Malam tu aku diajak kwn2 ke Burger King. Fathy Adham belanja aku oleh kerana telah lame die xbelanja aku.. hehe. Pergi Burger King jam 8.30 mlm.. blk jam 12.00 pg. Kami telah berbual dengan kawan2 yg sudah lame tidak bersua. Maklum lah mereka cuti manakala UIAM xde cuti. hehe

Sabtu aku pulang kerana ahad pagi ade exam FIM (Basic Theme Qur'an).. mule2 aku nak balik malam sebab nk luangkan mase lg utk keluarga. Tapi apakan daya ku Emak risau dan suruh aku balik petang. Pagi tu mcm biase tolong2 semua.. Rase ku mcm sekejap sgt bersama keluarga. Aku rindu mereka sgt :(
Petang tu dalam jam .2.30 ptg abah ajak aku pegi kenduri kawen anak Arwah Fuad. Jam 3.30 ptg aku pergi ke Shell Sri Putri. Ayah dan adekku Anas n Nadiah menemaniku hingga bas tiba.
Sampai di situ sahaja cerita aku :)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 Comments: