Powered by Blogger.
RSS

KISAH CINTA

Cerita dan kisah ini hanya rekaan semata-mata. Sekadar perkongsian dari seorang kawan untuk renungan bersama.

..............................................................................................................................

Saya telah mengembara ke hujung dunia, mencari CINTA saya. TApi, kali pertama saya bertemu awak, hati saya telah terpaut. Demi tuhan, saya tidak tahu mengapa. Tapi itulah kebenarannya.

Saya telah menolak awak, tapi awak telah mencabar saya dengan kejujuran awak, awak tahu yang awak tidak bertepuk sebelah tangan. Dan awak berjanji saya bukan salah seekor rama-rama perhiasan di dinding kamar tidur awak.

Hanya dengan sebuah renungan, saya telah jatuh tersungkur ke penjuru mata awak. Saya tidak dapat membohongi perasaan saya bahawa saya menyayangi awak. Dan di saat saya menCINTAi awak, saya telah jatuh ke dasar perasaan yang paling dalam. Lemas dan hamper tenggelam di dalam lautan kasih saying, seribu impian dan saya mula terfikir, saya mengembara ke hujung dunia, mencari awak, rupanya awak ada di sisi saya selama ini dan baru saya sedari ketika itu..
Bagai merpati putih, CINTA saya berkelana mencari singgahsana di hati awak. Nyata saya tak menemuinya. Tapi akhirnya, bila awak telah memiliki CINTA saya, awak mencampakkannya jauh ke dasar laut yang tidak mampu saya selam. Di sana awak jugalah yang menyalakan api dan membakar saya dalam diam..

Saya sedih sangat, bila awak kata awak tak tahu apa yang sebenarnya awak cari. Tapi jauh di sudut haty ini saya merasakan awak masih belum cukup dewasa untuk memahami apa itu CINTA dan mungkin tidak akan pernah dewasa atau mungkin juga awak belum pernah benar benar jatuh CINTA pada seseorang. Jadi, selama ini siapa saya di hati awak?
Adakah selama ini awak sebenarnya tidak mencintai saya?

Siapa yang memujuk saya untuk membuka pintu hati?

Siapa yang mengajar saya bahawa CINTA itu memerlukan pengorbanan?

Siapa yang memberitahu saya agar sentiasa jujur pada perasaan sendiri?

AWAK!!

Awak mungkin jenis perempuan yang boleh mencintai ramai LELAKI berkali kali. Tapi saya pula seorang LELAKI yang percaya bahawa dalam hidup saya hanya ada 1 wanita, 1 CINTA dan 1 perkahwinan…

Kita hidup sekali,mati sekali dan menyintai sekali..

Melangkah pergi meninggalkan awak, telah mengambil seluruh kekuatan yang saya ada. Jangan anggap saya tinggalkan awak kerana saya bencikan awak..Jangan..

Bagaimana saya harus bencikan awak, sedangkan setiap hari, saya merindui awak, biarpun pada ketika awak berada di sisi saya. Di setiap saat saya mengingati awak. Seumur hidup ini saya menCINTAi awak..

Awak,

Sebelum saya menghilangkan diri dari dunia awak, saya ingin nyatakan sesuatu yang tak pernah awak tahu. Kalaulah awak bertanya pada saya, sedalam mana saya CINTAkan awak, ini lah jawapan saya :

“Kalau suatu hari awak kehilangan suara, saya akan memberikan suara saya agar awak dapat bersuara semula. Meskipun waktu itu saya akan bisu selamanya….

“dan kalau suatu hari awak kehilangan hati, saya akan memberikan hati saya agar awak dapat hidup selamanya, meskipun waktu itu saya tiada lagi di dunia ini….’

Semuanya untuk awak…

Seseorang telah berkata,

“if you really love someone, then let that person go. If that person is meant for you, than that person will come back to you eventually. But if that person does not, then that person was never meant for you, in the first place’

Awak,

Kerana saya menCINTAi awaklah saya melangkah pergi, demi kebahagiaan awak. Saya doakan supaya suatu hari nanti awak akan temui apa yang awak cari. Supaya suatu hari nanti awak akan memahami apa erti CINTA yang sebenar. Supaya suatu hari nanti, awak akan dapat mengetahui, bagaimana rasanya terlalu menCINTAi seseorang dan semoga awak takkan pernah terlewat untuk menghargainya.

Awak,

Saya percaya pada tuhan yang mempertemukan kita, saya tahu ada hikmahnya di sebalik semua ini dan saya tidak akan pernah mempersoalkannya. Saya juga tak pernah kesal sekurang-kurangnya sepanjang mengenali awak, saya telah bersikap ikhlas dan jujur dengan perasaan saya.

Saya juga percaya, andai benar kita punya jodoh, awak akan kembali pada saya. Itu bukan harapan saya tapi saya ingin belajar untuk pasrah pada ketentuan tuhan dan kalau pun awak takkan pernah kembali pada saya, saya percaya, mungkin itu yang terbaik..

..............................................................................................................................

Cerita ini hanya rekaan PENULIS semata-mata. Tidak ada kene mengena kepada sesiapa yang hidup mahupun yang meninggal dunia.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 Comments: