Assalamualaikum.
Manusia sepatutnya tak pernah nak putus asa dalam apa jua keadaan. Tapi, dalam keadaan aku sekarang, apa2 aku buat pon masih tetap sama dan sama terus sama. Sakit hati/menyesal/marah/tension/ dan macam2 lagi emosi yang ada sekarang. Ape aku boleh buat just buat donnoe je.. Bagi aku seseorang tu tak perlu lah nk bergantung atau berharap pada seseorang kan sebab benda ni pon bukan nya confirm dapat atau punya. So pada yang terlalu berharap, berhentilah berharap dan tak salah letak harapan pada seseorang, cuma jangan terlalu tinggi, nanti korang jugak sakit. Usaha, berdo'a dan tawakkal adalah jalan yang terbaik utk kita semua.
Kadang2 manusia ni pon tak pernah nak hargai seseorang, bila dah melepas, baru nak cari balik/mintak tolong/mintak maaf. Tapi bila dah dapat tinggal. Tu perkara biasa bagi manusia. Nasihat dari aku.. Hargai lah seseorang selagi masih ada. Bile ada depan mate, hargailah seadanya dan bila dah tiada, menyesal itu tidak lagi bergune :D
Ada satu kisah, Pada suatu hari di sekolah, ada seorang murid bertanya pada gurunya. Ketika itu guru tersebut sedang mengajar mengenai kasih sayang.
Pelajar : "Cikgu, macam mane kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang yang paling kita sayang? Macam mana juga kasih sayang itu nak berkekalan?"
Cikgu: " okay, kamu ikut apa yang cikgu suruh. Kamu pergi ke padang. Kamu berjalan di atas rumput sambil memandang rumput didepan kamu. Pilih yang PALING cantik tanpa menoleh kebelakang lagi walau sekali. Dah petik rumput PALING CANTIK, bawak ke kelas"
Apabila pelajar tersebut pulang dari kelas, tiada sehelai rumput pon ditangannya. Cikgu bertanya mengapa tiada rumput yang dipilih?
Pelajar : "Tadi, semasa saya berjalan, saya carilah rumput yang paling cantik. Memang ada banyak yang cantik tapi cikgu kata petik yang paling cantik, maka saya pon terus berjalan ke depan sambil mencari rumput yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi sampai ke penghujung padang, saya tak jumpa pon rumput yang paling cantik. Mungkin ada di antara belakang tadi rumput yang paling cantik, tapi cikgu cakap dah tak boleh menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yang boleh saya petik. "
Cikgu : "Ya itulah jawapannya. Maknanya apabila kita telah bertemu dengan seseorang yang kita sayang, janganlah mencari lagi yang lebih baik dari itu. Kita patut hargai orang yang berada didepan kita sebaik2nya. Jangan kita menoleh kebelakang lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku. Semoga yang berlalu tidak berulang lagi. Dan ingatlah orang yang paling kita sayang itulah yang paling cantik dan paling baik. Walaupon nak diikutkan, banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi....
:)